KillerKaller

Icon

Just another WordPress.com site

london dan kl


aku peminat bola sepak liverpool fc.rasenyer rakan baik aku saje yang tahu aku meminati bolasepak.namun dari bolasepak lah aku menyusuri dunia british,peradaban mereka,style mereka,mentaliti mereka,fesyen mereka,politik dan macam² lagi.antara bahagian yang menarik untuk dikongsi adalah bagaimana mereka menjaga sesuatu benda yang kita boleh kelaskan “old school” dalam keadaan yang baik.

antara teori yang boleh diberikan adalah mereka dididik supaya menhargai sejarah mereka sejak kecil lagi,tidak hairan aku melihat fan liverpool mempunyai pemahaman sejarah yang baik kerana ia diasuh oleh keluarga mereka dan faktor persekitaran seperti dimana mereka tinggal.ia hanya pandangan aku.berbanding dimalaysia ia merupakan subjek mengantukkan.disebabkan sejarah mereka mempunyai mentaliti nationality yang kuat.ia mungkin bersikap racist namun jika diambil pada nilai positif ia mampu membuatkan benteng² negara itu menjadi kukuh.dan dari sejarah mereka cuba mempertahankan nilai² sejarah pada negara mereka.faktor pemusuhan negara mereka antara yang menyebabkan mereka bersikap pro-aktif dalam isu ini.sebagai contoh pemusuhan england-scotland.mereka juga bersikap bahawa sesuatu yang lama harus dihargai lebih daripada sesuatu yang baru sebagai contoh kenderaan seperti vespa.

mungkin masyarakat malaysia bersikap bahawa vespa sesuatu yang kolot,namun bagi masyarakat disana ia sebahagian dari mereka.ia adalah warisan mereka dan mereka akan mempertahankan.aku amat yakin jika penjara pudu itu dikota london,akan ada pesta protes-memprotes meruntuhkan bangunan itu.mungkin itu simbol kepada meruntuhkan peradaban mereka atau maruah mereka antara teori yang aku dapat berikan.jadi sudah pasti mentaliti malaysia dan british berbeza meskipun mereka pernah cuba mempengaruhi cara hidup kita pada masa dahulu.dan mereka gagal dan kita berjaya dalam satu isu namun gagal dalam mempertahankan sesuatu untuk menjadi identiti kita

Filed under:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: