KillerKaller

Icon

Just another WordPress.com site

professionalisme

“professional tidak harus dinilai dari sudut tahap anda akan tetapi dari mentaliti anda”

Advertisements

Filed under:

sebarkan kegembiraan

da lama x layan plague of happiness.last dengar zaman hi school.bawaan ska punk.x dinafikan aku lebih sebati dengan muzik punk dari muzik lain.bukanya terlalu memberontak namun naluri lebih kepada muzik punk.ramai yang layan cradle of filth,muzik thrash metal.tak perlu la kasi link suruh aku dengar sebab mendengar riffing atau goreng gitar secara berlebihan membuatkan aku menyampah dan nak termuntah.berbalik pulak POH,rasenyer x perlu la ak crite btapa legend die dinusantara.nusantara?tomok pun belum tentu dapat sambutan diindonesia kan.nasib baik POH x jadi pergi amerika dulu.kalau tidak mesti macam jimmy choo.

mendengar balik POH sebenarnya membuatkan jiwa menjadi muda.unsur nasihat yang sememangnya takde dalam album dafi memang mudah dicari dalam lirik POH.mendengar sesuatu dengan berulang kali sebenarnya pada aku sedikit sebanyak dapat mempraktiskan dalam seharian.ini sebab aku rasa pabila sing-a-long,kita berfikir pada ayat tersebut dan kita juga akan memahaminya.sebegitu juga mendengar irama nasyid,lama jiwa yang keras pun akan luntur.

antara lagu POH yang agak kontroversi adalah 13 mei.rasenye semua yang mengaku malaysia tahu iksiden ini.namun lagu ini lansung tidak melambangkan sesuatu yang sensitif.lirik ia sebenarnya bercorak menyatukan rakyat dimalaysia.rakyat malaysia terlalu sensitif dengan politik,itu sebabnya pabila mendengar 13 mei,semuanya diban.itulah realiti.yang lain boleh didengar dari laluan media moden iaitu youtube.lebih baik kita sendiri mendengar dan menilai sesuatu.

#nanban atau maksudnya kawan ep first POH

motto POH
#stomp that feet with the skancore beat

Filed under:

illustrasiku

Filed under:

sindiket mungkin

ok la.aku menaiki bas untuk balik rumah dijohor dan ke penang.sewaktu aku didalam bas aku terperasan terdapat sindiket pada stesen bas.modus operandi mereka adalah tisu dan mereka hanya berkata-kata untuk memastikan mereka mudah tersentuh hati dan lalu memberikan derma.dari sudut yang lain mungkin mereka mangsa sindiket yang kebiasaanya datang dari kedah atau negeri utara.aku x tahu kenape?mungkin arus pembangunan yang tidak lancar seperti negeri yang maju lain lalu mereka mudah termakan janji orang tengah dan akhirnya menjadi mangsa sindiket.tapi bukan ini yang aku ingin ceritakan.ia berkisar tentang keuntungan mereka dalam perkara ini.

jika mereka hanya meminta derma pada laluan PLUS sahaja dan pada stesen minyak,kita andaikan laluan negeri johor sahaja mempunyai lebih 50 stesen (anggaran sahaja) dan pada satu jam terdapat 50 kereta (anggaran dan isi kereta x dikira) pada satu stesen.kemungkinan mereka menderma adalah suku mungkin 15 individu menhulurkan wang rm5 pada si peminta tersebut.lalu dalam satu jam mereka memperolehi rm75 pada stesen tersebut.dan jika mereka menerima rm5 pada 12 jam berterusan mereka memperolehi rm900.bagaimana pula 24 jam dengan sistem bertukar syif ? rm1800 dalam satu hari.perlu diingat itu adalah nilai suku dari 50 pengunjung pada 1 stesen sahaja.cuba dikira dengan 50 stesen sekaligus?rm90000 sehari.

mungkin rm90000 tidak munasabah dengan sebuah agensi.kita bahagikan 3 agensi sindiket untuk menjadikan teori ini lebih realistik.rm90000 bahagi 3 = 1 agensi rm30000 sehari untuk 24 jam dan untuk negeri johor sahaja.dan aku kurangkan stesen minyak dari 50 ke 30 stesen sahaja,mana mungkin semua stesen mereka akan sapu kan.untuk sehari mereka rm18000 dan dalam masa 20 hari mereka mendapat rm360000.nilai satu agensi sindiket. 🙂

Filed under:

bulan 3

lame x update.bulan 3 sungguh bizi.paling banyak melabur.banyak pengalaman.banyak berjalan.dan paling tentu paling banyak duit habis.haha

Filed under:

stokin

forest gump.citer lame kot.tapi crite ni sangat menarik tuk dikongsi.antara part yang menarik dimana menjelaskan kepentingan stokin.jika dipandang dengan remeh,stokin adalah benda terakhir yang diambil tahu pada aksesori diri.namun kepentingan stokin dapat menyelamatkani nyawa manusia sebenarnya.sebagai askar,adalah dilarang untuk tidak memakai stokin dalam apa pun situasi operasi.ia kerana dapat mengurangkan kadar kecederaan yang bakal ditempuh melalui aktiviti lasak.moral entri ni,cuba lihat stokin ape yang anda pakai?

Filed under:

perfect 10

masa aku balik dari KL ke penang,aku naik dari jalan duta.oke la.itu isu basi,tetapi dalam otw ke penang aku terjumpa seorang mamat memakai baju dengan tulisan “perfect 10”.secara otomatik aku mendapat beberapa spesis ayat yang sama maksud dengan perfect 10.

perfect 10
cloud 9
lucky 8
wonder 7
6 ? : diving bukan high score/perfect no6 ke?
star 5

akan dianalis lagi artikel ni untuk melengkapnye.:)

Filed under:

misi bizi

lame x update.kebizian dengan tour champ leg n master leg.internet down pun isu jugak.kabel fiber optik menhubungkan asia utara terputus sebab tsunami/gempa bumi kat jepun.come on bebeh.cepat-cepat la oke.dah la aku tengok EPL pakai liver streaming jek ^^

Filed under:

champion league 2011

semalam 5/3 aku pergi mengunjungi champ league punye piala diplaza gurney.ternyata besh even crowd x ramai yang usually menandakan tempat tu havoc.mungkin aku datang time tengah hari.op kos la excited.sedikit nota,piala ni sebenarnya mengambil masa 4-5 season untuk dibawa mengelilingi dunia dan tahun 2011 ia telah berada di malaysia.sebelum ni tahun 2007 pun pernah dibawa ke malaysia.tour dimalaysia hanya berada di dua kota iaitu kuala lumpur dan penang.untuk dipenang ia hanya untuk tontonan dua hari iaitu 5-6 mac sahaja berbanding kuala lumpur selama dua minggu.ynwa.entri yang agak bosan.x de mood.

Filed under:

mitos tahi bintang

aku rase semua kaum didunia mengenali bintang.dari darat hingga ke lautan.semua nya berbicara tentang dia.bintang yang hanya wujud ketika malam sungguh mengasyikkan.ia boleh diambil sebagai faktor keadaan samada akan menemui hujan jam seterusnya atau tidak.pelbagai fungsi.

tahi bintang.adakah ia dapat muncul disiang hari?.namun yang lebih menarik ialah mitos tahi bintang.andai kata kita dapat menemui tahi bintang kita boleh dianggap insan yang bertuah.kita dapat mengecapi segala impian yang dimpikan dengan menyusurkan niat pabila bertemu dengan tahi bintang.barangkali untung jika dapat bertemu dan mitos ini menjadi realiti.

Filed under: